saya pasti kita semua mengetahui tentang peristiwa menyayat hati yang berlaku kepada sekarelawan dunia yang menyertai konvoi LIFE LINE FOR GAZA(LL4G) yang lalu di mana seramai lebih daripada 10 orang para syuhada telah menyahut seruan Allah. siapa sangka, niat baik dan murni yang dilakukan oleh mereka dipandang serong oleh pihak Israel Laknatullah. jika kita teliti kepada jawapan yang diberikan oleh pihak komander Israel apabila diminta memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku(serangan Mavi Marvara), jelas menunujukkan bahawa mereka memang berniat jahat terhadap konvoi itu. logikkah serangan begitu dilabelkan sebagai langkah mempertahankan diri? jika benar ingin mempertahankan diri, mengapa tidak mengmabil langkah untuk memeriksa kapal terlebih dahulu? atau memberi sapa untuk menunjukkan kehadiran mereka?
lagi, bila cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat serangna itu, phak yang Israel pula yang melebih-lebih dalam tuntutan (demand) apabila Israel sendiri yang menetapkan siapa penyiasat dan siapa hakim. adilkah itu????? sudah diketahui bahawa Israel itu pembohong besar dunia. hanya orang-orang yang buta mata hatinya sahaja yang mempercayai mereka. adakah saya mengutuk mereka? tidak perlu saya menjawabnya kerana dunia kini telah sedia maklum bahawa tindakan Osrael selama ini, bukan sahaja serangan terhadap konvoi LL4G, tetapi juga kepongan tergadap Gaza, penahanan rakyat Gaza dan Palestin yang dilakukan sesuka hati wajar dan wajib dikutuk!!!! kenapa mereka dengan senang lenang melakukan sedemikian tidak dilabel sebagai PENGAANAS? tetapi pihak yang tidak bersalah pula menerima nasib yang berlainan?? jawapannya, siapa yang menyokong mereka kalau bukan rakan sekongkol mereka yang utama iaitu AMERIKA SYARIKAT?? masih tidak nampak kah kita permainan ini? masih mampukah kita untuk berdiam diri lagi wahai orang2 mukmin?
baru-baru ini, saya telah berpeluang untuk menonton satu filem yang saya cari-cari selama ini iaitu MY NAME IS KHAN. best?? memang best giler. saya betul2 tersentuh dengan jalan cerita ini. itulah realiti kehidupan yang sebenar. orang2 Islam sering dipandang buruk sedangkan orang lain yang melakukan kejahatan. sampai bila sentimen agama perlu dijadikan elemen yang membawa permusuhan. bukankah semua agama didunia ini menyarankan kedamaian?jika kita benar2 orang yng taat kepada agama masing-masing, bukan sahaja agama Islam, mengapa dalam hati kita masih tidak mampu saling meredhai untuk hidup aman damai dimuka bumi milik Allah ini.
menyentuh tentang amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia, iaitu bumi, saya semakin kecewa dengan Israel kerana keegoan dan keangkuhan mereka, mereka telah merosakkan bumi. mereka tunjuk kuasa, angkat kepala dan menutup mata terhadap kemusnahan yang mereka perlu dipertanggungjawabkan.
kita juga perlu sedar bahawa Israel ini adalah pembohong dan pemutar belit yang amat hebat dimuka bumi ini. lihat sahaja kepada fakta-fakta dan video yang telah mereka edit untuk mengburi mata dunia. memetik kepada satu artikel yang saya baca dari lama palestinkini.info, salah satu cara mereka untuk membenarkan kesalahan yang mereka lakukan. sama-samalah kita mengmabil iktibar. saya menyeru diri saya sendiri dan pembaca semua agar kita terus menghulurkan bantuan kepada pihak Palsetin walau tidak dalam bentuk wang ringgit atau barang-baranga, doa yang tulus ikhlas dan bersungguh-sungguh sudah meadai untuk merngankan beban mereka. tunjukkan bahawa dunia turut berkongsi kedukaan mereka dan sentiasa prihatin terhadap penyeksaan yang tidak berperikemanusiaan yang berlaku kepada mereka. saya juga menyeru agar kita sama-sama meboikot produk2 Israel demi agama dan erti kemanusiaan yang sebenar.
Isnin, 14/06/2010 – Pada 22 Julai 2008, saya sedang berjalan pulang dari Gim YMCA di King David Street di Jerusalem ketika saya menyaksikan apa yang dikatakan sebagai satu serangan pengganas. Seorang lelaki Palestin dimana Israel dengan melulu menuduh beliau sebagai seorang pengganas sedang memandu sebuah jentolak ( ini adalah insiden jentolak kedua dalam sebulan, bukan pertama) telah ditembak mati oleh ORANG AWAM Israel dan seorang pegawai pengawal sempadan yang tidak bertugas. Kejadian ini berlaku selang 100 meter dari saya.
Reaksi warga Israel adalah sangat menakjubkan, lari berkeliaran, menangis dan menjerit “Lihat dengan apa yang kita hadapi setiap hari”, “ Pengganas-pengganas ini tidak akan berhenti”. Dengan kenyataan diatas, Israel akan membuat anda percaya bahawa mereka adalah mangsa keganasan. Perlu diingat bahawa terdapat banyak kamera dan wartawan dari rangkaian penyiaran terbesar di seluruh pelusuk dunia. Saya amat terperanjat bagaimana mereka dapat menukarkan insiden seperti ini kepada sebuah tangisan yang menyedihkan bagi meminta bantuan dunia.
Lelaki Palestin yang berumur 22 tahun itu, tanpa sebarang rekod jenayah sedang memandu jentolaknya ke sebuah lorong dan melanggar beberapa meja dan kerusi kafe, melanggar beberapa buah kereta, tanpa membunuh sesiapa. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh, lelaki ini akan dikenalpasti mempunyai masalah mental, kemungkinan tekanan perasaan, dan akan diberi rawatan perubatan untuk memastikan beliau pulih sepenuhnya . Ini adalah langkah yang terbaik yang sepatutnya untuk diambil.
selanjutnya di sini
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : noraliza
penterjemah : noraliza