..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Khamis, 30 September 2010

INIKAH KITA

manusia sering lupa pada nikmat Allah...
sering lalai pada perintah Allah..
bila kepayahan menjenguk kehidupan..
baru terkapai-kapai mencium hujung sejadah...
memohon simpati dan ehsan..
dari pemilik segala penciptaan...
meratap hiba dalam kesayuan...
mengharap bantuan segera datang..

namun..
bila Allah hulurkan tangan tanda kasih sayang..
manusia kembali kepada kekufuran...
lupa pada yang memberi pertolongan...
menyangka segalanya datang atas keupayaan...
tanpa menyedari hakikat kebenaran..,
bahawa setiap zarah yang pegang...
itulah hak Tuhan...

engkau hanya menumpang...
di atas bumi Tuhan...
percuma tanpa bayaran...
tapi hidupmu bukan hanya hiburan..
kerna engkau punya tugasan...
yakni menjadi hamba Tuhan...

sampai kapan engkau mahu demikian?
hanya hidup untuk keduniaan...
tanpa matlamat mahupun tujuan...
adakah lagi alasan engkau kabur dalam mencari jalan...
sedang Allah terang-terangan memberi penjelasan...
bahawa engkau diciptakan utk beribadah pada-Nya..

bangunlah wahai insan...
selagi nyawa ada di badan..
selagi masa masih berkesempatan..
ajalmu datang tidak memberi kad jemputan..
sedang usia semakin ke depan..
menghampiri sebuah noktah kehidupan dunia..

BINGKISAN CINTA BUAT WANITA

sesak dadaku melihat gelagatmu..
gentar hatiku mengenangkan dosamu..
bagaimana harusku lentur egomu..
biar rebah dalam suci taubatmu..

sayang..
tidakkah kau sedar?
tiap langkahmu itu ada mata yang meliar..
ada telinga yang bergegar..
ada hati yang menggeletar..

mengapa sungguh keras hati itu?
lebih keras dari batu yang kau pijak..

tubuhmu itu..
bukan untuk kau perlihatkan..
bukan untuk kau pamerkan..
bukan untuk kau sia-siakan..
bukan untuk kau banggakan..

anugerah itu..
untuk kau jaga..
untuk kau pelihara..
untuk kau guna dalam beribadah..
untuk kau guna menyembah-Nya
untuk kau guna menyebut nama-Nya..
untuk kau guna mengingati-Nya..

kasih..
tidakkah kau sesak melihat lautan manusia..
berjalan di atas muka bumi tanpa sedar akan larangan pencipta-Nya..
mereka gah menunjuk warna kulit..
bangga memakai baju ketat..
gian berseluar sendat..

segan..
malu...
bersalah..
kelu..
takut..
marah..
insaf..
bila aku melihat tingkah kalian..
apa masih tidak puas dengan keseronokan yang dinikmati selama ini?
apa jaminan usiamu terjamin sehingga hari esok?
belum gentarkah jiwamu?
dengan janji azab yg Tuhan patrikan dalam kitab-Nya?
apa kau meragui kebenaran risalah itu?

berhentilah wahai kaumku..
berhenti dari mengundang bencanamu sendiri..
jgn nanti menyesal di kemudian hari..
bila perut sudah berisi..
kau bilang bukan kehendkmu..
sedangkan pakaian dan pergaulanmu 
yang menjemput semua itu..

bertaubatlah..
selagi nyawa di dalam badan..
janganlah berkecil hati kerana teguran ini..
berkecil hatilah kerana kau telah murkai Dia..
menangislah kekesalan..
atas dosa-dosa silam..
jangan menangis membakar baju mahalmu itu..
yang mahal itu..
menyebabkan kau MURAH pd pandangan mata manusia.

SALAM SAYANG BUAT KALIAN YANG FAHAM.

RUANG TAMU