alhamdulillah...
segalanya berjalan seperti yang diancang. MINGGU MUSLIMAH berlangsung dengan jayanya. tahniah kepad bahagian management dan syabas kepada semua yang terlibat. pengorbana anda amat dihargai. hanya Tuhan yang bisa membalasnya. walaupun diri ini tidak dapat membantu secara maksimum, namun dapat dirasakan komitmen dari semua pihak amat memuaskan hati.
oleh kerana ini merupakan enganjuran pertama dalam sejarah IP Kampus Sarawak Miri, so banyak bendda yang perlu diperbaiki dan ini merupakan pengalaman paling berharga dalam kancah hidup seorang muslimah. aktiviti yang bertemakan KUNTUM SOLEHAH MEKAR MEWANGI nampaknya telah melakar sejarah tersendiri. hasil yang tidak dijangka mampu diolah oleh golongan muslimah.
sepanjang aktiviti yang dijalankan selama 2 hari, banyak onak ranjau yang terpaksa dihadapi. samada dari luar mahupun tekanan dari dalaman sendiri. semuanya mngajar manusia errti kesabaran dan menuntut kekuatan yang amat dalam. sesungguhnya, hanya kepada Allah tempat kami memohon pertolongan, dan hanya kepada Dia lah kami meminta kesabaran.
coretan ini khasnya bukan untuk menceritakan perjalanan majlis, namun ingin berkongsi pengalaman dan rasa sepanjang aktiviti. kiranya boleh dijadikan panduan untuk masa depan. semakn kenal kita dengan seseorang, semakin banyak peribadinya yang tertonjol. tanpa kita sedari, timbul bermacam rasa terhadapnya. bila senang, kita asa gembira. bila tidak senang, kita seakan ingin menegurnya, namun perasaan ingin menjaga hati itu seakan membatasi niat di hati.
antara tanggungjawab dan kasihan, kita tersepit di tengah jalan. mana harus dipilih? kita kebuntuan. mendongak kita ke langit mencari jawapan kepada penyelesaian. menguji...memang menguji aspek dalaman. bermain emosi usah diperkata lagi. sudah menjadi episod dalam diri yang seolah-olah tidak mahu berhenti. kadangkadang karat jahiliah itu datang kembali. mengetuk pintu hati. cuba ingin bermukim dan mungkin bermastautin dalam lubuk hati. saat ini, kita dituntut untuk bijak mengatur strategi. jangan lalai dengan emosi. berpeganglah kepada kitab suci dan peraturan yg telah ditetapkan Illahi.
rasionalisme amat diperlukan saat ini untuk meluruskan apa yang terbengkok. menjernihkan apa yang tekeruh. terkesan juga dihati dengan kata-kata yang dtaburi. ah!!! usah dipeduli. mungkin itu tidak berniat dari dalam hati. jd berlapang dadalah kerana kita tak kan rugi.
terlalu banyak ingin dikongsi sebenarnya, namun cukup rasanya sampai di sini. tuntutan janji perlu dipenuhi waktu ini. dengan itu, izinkan mengundur diri. moga di lain masa bertemu kembali dalam lembaran yang belum diketahui. wallahualam bi sawab...yang buruk itu datangnya dari diri ana sendiri, dan yang baik itu sesungghnya datang dari Allah SWT. harapan ana, moga ana terus diberi kekuatan untuk istiqomah pada jalan ini. biar apa pun dugaan yang menghampiri, ana harap dapat direbahkan tembok penghalang diri. biar hati ini tetap tegar pada perjuangan ini kerana telah ana pilih percaturan ini sebagai jalan hidup ana.