..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Jumaat, 25 Februari 2011

KAULAH SEGALANYA (RASULULLAH)

wahai...
seorang kekasih..
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira 
syafaatmu menanti di sana


sungguh tabahnya hatimu
menanggung derita yang melanda
biarpun perit pedih terseksa
kerana umat kau tempuhi jua


wahai RASUL kaulah segalanya
contoh terbaik umat akhir zaman'
akhlakmu tinggi kan kami jejaki
sifat mu sempurna pelengkap peribadi


wahai RASUL
kami merindui
sinaran wajahmu mendamaikan jiwa
manis senyummu penawar hiba
dihati kami
kaulah segalanya



wahai...
seorang kekasih..
telah lama kau dirindui
pilu sedih dalam kerinduan
menangis pun tak berair mata
namun hati tetap gembira 
syafaatmu menanti di sana

di akhirat kta kan bersua..





Selasa, 8 Februari 2011

PENGUMUMAN PENTING

ASSALMUALAIKUM WBT

SALAM MAHABBAH KEPADA SEMUA PEMBACA

ALAMAT BLOG ZAHRATUL JANNAH TELAH DITUKAR KEPADA

www.zahratul-j.blogspot.com

hal ini adalah untuk  memudahkan proses pencarian.

sila sebarkan kepada teman2 anda yang lain.

sabda Rasulullah "dan sampaikanlah dariku walau sepotong ayat" [hadis sahih]

harap maklum. jazakumullahu khairan kathiro.

Isnin, 7 Februari 2011

insyaAllah akan menjadi identiti baru keluarga ZAHRATUL JANNAH. mengancam ye..hehehe

pengajaran buat kita disebalik krisis itu

seminggu bercuti..bermacam cerita dan cereka yang menjadi halwa telinga...ada gembira ada juga duka..paling mendukacitakan ialah krisis yang berlaku di Mesir. bukan kasihan dengan pemerintahnya, tapi kasihan dengan pelajar Malaysia yang menjadi mangsa keadaan. moga segalanya punyai hikmah tersendiri.

seakan sejarah negara Tunisia berulang lagi bila rakyat tidak berpuas hati dengan corak pemerintah lalu memaksa mereka berbuat demikian. hakikatnya, rakyat semakin bijak dan tahu apa kehendak mereka. tidak mudah diperkotak katikkan.

menjadi seorang pemimpin, memang berat tanggungjawab yang digalas. di IPT, menjadi ahli JPP juga digelar pemimpin, memegang jawatan2 dalam persatuan juga disebut pemimpin, menjadi ketua pengajian juga pemimpin. hakikat sebenar, manusia itu memang diciptakan untuk menjad khalifah [2:30]. jadi, sesungghnya setiap manusia di muka bumi ini mempunyai tugas iaitu memimpin. memimpin ke mana? sudah tentu ke arah kebaikan. bukan hanya kepada orang lain, tapi juga kepada diri sendiri.

pentingnya memimpin dengan adil amat dititikberatkan sehingga golongan ini termaktub dalam satu hadis sahih yang berbunyi:

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:
a. Pemimpin yang adil. 
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.



kehidupan di IPT sememangnya tidak dapat lari dari suasana memimpin samada sebagai rakan, pelatih mahupun hamba Allah. justeru, banyak aspek yang perlu ditimbang tara dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin. 


sebagai hamba Allah yang bergelar khalfah bumi, kita sepatutnya bijak mengmbil pengajaran dari peristiwa itu. disetiap bahu kita ini, tugas memimpn itu sudah tersurat di Luh Mahfuz. jangan kita memandang enteng status ini hanya kerana kita bergelar pelatih cuma. sedarlah wahai saudaraku sekalian, kita adalah KHALIFAH. dan tugas KHALIFAH itu adalah memimpin dengan adil ke jalan yang Allah redhai. 


semoga kita kelak tergolong dalam golongan pertama dijamin masuk syurga ini wallaupun kita bergelar MUSLIMAH. semakin dunia menghampiri usia tuanya, semakin berat tugas kita sebagai khalifah. semakin banyak tenaga kita yang dituntut. semakin banyak pengorbanan yang dijemput. mudahan kita tidak semput dalam menjalankan kehidupan menuju jalan yang lurus. segalanya lillahi ta'ala. 


PERBAIKI DIRI DAN ORANG LAIN...strive 4 mardhotillah!!!


p/s bleh link d sini untuk mengetahui keadaan semasa di Mesir. krisismesirnasibrakyatkita.blo
gspot.com

RUANG TAMU