..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Rabu, 9 Mac 2011

INDAHNYA KEMATIAN ABDULLAH BIN JAHSY

dalam  perang Uhud, ada kisah menarik tentang Abdullah bin Jahsy dan sahabatnya Sa'ad bin Abi Waqqash.

apabila hampir tercetus pertempuran dalam peperangan Uhud, Sa'ad bertemu dengan Abdullah. beliau bertanya kepada Saad "tidakkah kamu mahi berdoa kepada Allah?'

Saad menjawab "bahkan saya"

lalu mereka pun ke suatu sudut sunyi, Saad pun berdoa ;" wahai Tuhan, apabila saya bertemu musuh, temukanlah saya dengan musuh yang perkasa dan bengis. kami saling menyerang dan bertempur. kemudian kurniakanlah kepada saya kemenangan mengalahkannay  sehngga saya BERJAYA MEMBUNUHNYA DAN MENGAMBIL KELENGKAPANNYA. " lalu Abdullah pun mengaminkan doa tersebut.

kemudian, Abdullah pula berdoa. " wahai Tuhan, temukanlah saya dengan seorang musuh yang perkasa dan bengis. saya memeranginya demiMU dan dia juga memerangi saya. kemudian dia BERJAYA MENEWASKAN SAYA DAN MEMOTONG HIDUNG DAN TELINGA SAYA. APABILA SAYA MENEMUI-MU ESOK, ENGKAU AKAN BERTANYA: " mengapa hidung dan telingamu dipotong?' lalu saya akan menjawab " KERANA-MU & KERANA RASUL-MU" Engkau akan menjawab "kamu benar".

Saad berkata " sesungguhnya doa Abdullah lebih baik dari doaku. aku nampakn beliau sewaktu lewat petang dan ketika itu beliau telah terbunuh dan mayat beliau dikelar. HIDUNG DAN TELINGANYA TERGANTUNG DENGAN TALI DI SEBATANG POKOK"

Allah mengabulkan doa Abdullah bi Jahsy. Allah memuliakannya dengan anugerah syahid sebagaimana kemuliaan yang diperolehi oleh bapa saudaranya, penghulu para syuhada, Hamzah bin  Abdul Mutholib.

Rasulullah saw mengebumikan mereka berdua dalam satu kubur. air mata Baginda bercucuran membasahi kubur mereka yang berlumuran dengan wangian syuhada.

~~indahnya mati seagai syuhada~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU