..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Jumaat, 30 April 2010

tiba-tiba...

bergelar pelajar bukan lah kerjanya duduk je dalam kelas..tidak juga belajar je..lebih-lebih lagi bergelar pelatih institut perguruan..erjanya ada-ada je..bukan merungut..cuma nk intro satu kisah memalukan@melucukan dari pengalaman sorang hamba Allah..bila semester dah nak berakhir, mulalah satu episod lazim pelatih-pelatih..iaitu filing...maksudnya..menyusun maklumat di dalalm fail mengikut sukatan pelajaran yang ada untuk sem tersebut...untuk apa?bukan untuk pertandingan siapa fail tercantik..tidak juga untuk tengok siapa fail paling tebal..juga tidak melihat siapa yang ada fail paling mahal..hahaha..tapi sebagai satu usaha ke arah mendapatkan standard dan pengiktrafan dari MQA. MQA tu apa...carilah sendiri..hehe..alkisah bermula di dalam bilik hamba Allah tersebut..hamba Allah ni kena hantar fail kepada pensyarah untuk disemak..oleh kerana minum banyak air yang ada semut, hamba ni tadi, kuat juga penyakit lupanya..esok nak hantar fail, baru hari ni ingat nk filing..walhal, pensyarah dah bagi tahu 2 minggu sebelumnya..ish..ish..
malamnya...
start la cari maklumat dari sana dari sini...ke sana ke mari..pergi utara dan barat..menjelajah bilik teman sekelas bertanya itu ini...ada dah semua maklumat..beralih pula ke episod seterusnya iaitu printing...hmmm...ok lagi ni...sambil2 tunggu siap print..sempatlah melencong sebentar..mencari maklumat untuk ISL kt internet..nasib baik internet tak buat hal..alhamdulillah..tengah-tengah elok jer bunyi printer mengalunkan irama lagunya yang agak sedap didengar, ink habislah pulak...xda pilihan..refill...3 kali refill dalam 1 malam..pecah rekod bahagian...sedar tak sedar, dah 3 jam berlalu..panas dah enjin otak..printer pun mesti penat dan buat konsert..tapi kene gak siap...12 tengah malam..ok lagi...xde pape yang berlaku..
habis printing..bersambung ke part yang seterusnya...susun ke dalam fail ikut susunan yang betul..bukan main hentam jer..part ni la yang paling mengancam...x perlulah nak cerita panjang2..hahaha...tengok2 jam..1,30 pagi dah..halamak..time dh kena tidur ni..takut tak terbangun esok pagi...bersiap dh ni nk pergi toilet..
tiba-tiba..seluruh badan hamba Allah tu bergegar dalam perjalanan ke tandas..dari hujung hingga hujung kaki..macam2 [ersoalan timbul di benak fikiran..kenapa?mengapa?apa?bila?bagaimana?walau apa pun pada waktu itu, perjalanan harus diteruskan...biarpun perjalanan semakin perlahan ke toilet, tapi mesti sampai juga..alang-alang menyeluk pekasam..balik dari toilet, masih lagi bergegar..samai di bilik..hamba Allah tu berbisik di dalam hati "asal aku bergegar ni?lapar ke?ke penat?"..bila sebut jer pasal lapar..nafsu makan tiba-tiba memecut laju..rupa-rupanya hamba Allah tu tadi kelaparan tanpa disedari..kesian..belum habis disitu kisahnya..bila lapar+mengantuk..cuba teka apa jadi..hahaha..hamba Allah tu tadi makan sambil tertido-tido...
nasib baik biskut tu habis dikunyah..kalau tak?takut tikus datang join pulak...kesimpulannya..alert la dengan diri sendiri..tak mampu alert dengan orang lain, dengan diri sendiri pun jadila..haha..kerja-kerja juga..tapi jangan sampai menzalilmi diri sendiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU