..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Ahad, 4 April 2010

ular yg tidak berdosa

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu


mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka

membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit

leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu

mereka cuba membunuh ular itu.



Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,

"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak

membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang

memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."



Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh

mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di

antaranya;



1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".





http://digestislam. blogspot. com/2009/ 11/ular-yang- tidak-berdosa. html

--

Dicatat Oleh TAMAN2SYURGA ke Digest Islam di 11/18/2009 03:46:00 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU