bulan ramdhan telah pun memasuki hari yang ke-17...begitu cepat waktu berlalu..berputar lincah kedepan tanpa menoleh jarakku dibelakang..jauh aku ketinggalan..lemas dalam pengurusan diri..mentarbiyyah fizikal dan rohani ini untuk menjadi muslimah yang sejati..bukan senang..tidak lenang..banyak perlu dikorbankan..banyak hendak dilontarkan..namun apakan daya..aku hanya insan biasa..hendak kulontar tidak, bermaya..hendak kusimbah kering dihati tiada embun pagi yang sudi..
MENANTI @ MENCARI?
tinggal 3 malam lagi untuk kita mencari malam gemilang..LAILATULQADAR..persoalannya..MENANTI @ MENCARI? mengapa ambang kemerdekaan disambut meriah? lailatulqadar tidak? mengapa sambutan tahun baru digembar gemburkan sedangkan Nuzul Al-Quran tiada khabar membawa berita..seoalh lengang..dimana hilangnya cara hidup kita yang sebenar??
ramai yang menanti untuk mendapat lailatulqadar tapi berapa orang yang mencari malam itu?? pepatah melayu sendiri ada merakam..rezeki tidak akan datang bergolek..lalu apa tindakan kita? masih terus berdiam diri agar diberi keajaiban oleh Allah untuk bertemu malam penuh istimewa itu?
tidakk..
kita harus mencari..kerana keberkatan pertemuan itu akan lebih terasa jika ia adalah hasil usaha kita sendiri.jika Allah bagi percuma, adakah kita akan menghargai?seperti juga jika ingin memiliki sesuatu barang..sudah tentu kita akan lebih menghargai barang yang kita dapat menggunakan duit sendiri, bukan?
sukar?payah?
itu bukan alasan..sebagai seorang muslim yang berjiwa kental, pencarian lailatulqadar perlu dijadikan inisiatif untuk kita lebih meningkatkan amalan-amalan sunat seperti qiamullail..jika sebelum ini anda hanya mampu qiam sekali sebulanatau sekali seminggu, mengapa tidak di 10 malam terakhir ramdhan ini?idak kah anda berasa rugi jika terlepas walau 1 malam pun..mungkin malam yang anda terlepas itu adalah malam yang dinanti-nanti..?na'uzubillah..moga kita tidak termasuk dalam golongan orang2 yang rugi..
selaras dengan fitrah ciptaan manusia, selayaknya kita sebagai hamba yang krdil kepada Pemilik Seluruh Alam ini diuji sesuai dengan keimanan dan kesanggupan kita..
firman Allah telah dirakamkan dalam Al-Quran melalui surah AL-MU'MINUUN: 62 , yang membawa maksud:-
Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.
lalu timbul pula persoalan mengapa manusia perlu diuji?tidak cukup lagikah dengan hanya menurut perintah Allah..?
Allah menjawab persoalan ini dalam kitab-Nya melalui surah AL-ANKABUT: 2, yang membawa maksud;-
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
shabat pembaca yang dikasihi sekalian..
masih beratkah hati kita untuk mengimani Allah SWT? terlalu banyak kekuasannya yang telah ditunujukkan tapi manusia sendiri masih gagal dalam memahami apa yang disampaikan? apakah anda menganggap cptaan Allah itu adalah sia2? tidak!!!
tidak Allah ciptakan sesuatu itu dengan sia..Allah MAHA MENGETAHUI apa yang tidak kamu ketahui..
sekali lagi Allah berfirman dalam surah AT-TAGHAABUN: 4
Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi dan mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan yang kamu nyatakan. Dan Allah Maha Mengetahui segala isi hati
apa masih ada keraguan di hati kita tentang kekuasaan Allah?
apa masih beratkah kita untuk mengejar dan mencari LAILATULQADAR?
FIKIR-FIKIRKAN TEMAN..
nyawa kita entah sampai bila..
berkempatankan untuk bertemu ramadhan yang akan datang?
masih sihatkah untuk menyambut ramdhan tahun depan?
masih lapangkah untuk mencari masa diwaktu malam untuk bermunajat menghadap Illahi?
akhirulkalam..semoga perkongsian ini mampu menerbit satu sentuhan jiwa yang bisa mengubah persepsi anda..elakkan kontroversi..tingkatkan kualiti diri..salam ramadhan~~~
..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..
..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..
Jumaat, 27 Ogos 2010
Rabu, 11 Ogos 2010
ahlan wa sahlan ya ramadhan..FENOMENA DISEBALIKNYA..buat rebungan bersama..
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, {al-baqarah:183}
sebagai makhluk ciptaan Allah yang bergelar manusia Islam, kita sewajibnya menurut perintah Allah yang antara perintah penting ialah berpuasa dibulan ramadhan. selari dengan firman Allah Taala dalam kitab-Nya seperti di atas, sebagai orang yanng beriman, seharusnya kita tidak memandang remeh ibadah puasa. fenomena zaman kini, orang islam mentafsirkan ibadah puasa sebagai satu budaya@ adat, bukan lagi satu perintah wajib dari Sang Pencipta.
mengapa ini semua terjadi???
salah satu faktornya ialah kedatangan ramadhan itu sendiri yang disambut oleh sesetengah golongan sebagai satu yang tidak dilihat dari aspek agama. jika ditanya kepada mereka yang berpuasa..KENAPA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN?
pasti jawapan bagi mereka yang tidak menghayati erti puasa sebenar akan menjwab, puasa sebab orang islam lain pun turut berpuasa...
lalu dimana hilangnya penghayatan ibadah puasa sebenar dalam hati kita?
sebetulnya..berpuasa biarlah kerana Allah yang memerintah seluruh alam buana ini..biar kerana takut dengan azab Allah..biar untuk mendapat redha Allah..
alangkah sedihnya bila ramai dalam kalangan kita yang berpuasa hanya kerana malu jika diketahui tidak berpuasa di bulan ramadhan ini..
alangkah malunya bila ada segelintir orang islam yang namanya berpuasa, tapi dari segi penjagaan ibadah lain dah tatacara kehiduan harian tidak terjaga..malah, dosa lebih kerap dilakukan dibulan ramadhan..astahgfirullah..,
lebih memeritkan, ada pula sesetengah pasangan muslim yang mengambil kesempata di bulan mulia ini untuk melakukan zina tanpa segan silu pada makhluk bernama manusia apatah lagi kepada Tuhan sekalian alam yang Maha Melihat setiap gerak geri kita..
seakan menjadi trend zaman-berzaman, anak muda muslim bijak mncari peluang untuk berdua-duaan di dalam bilik hotel di waktu maghrib kerana menganggap pada waktu inilah para-para ustaz dan ahli-ahli jakim sibuk berbuka puasa..
tapi tidakkah mereka terfikir, kemanapun mereka bersembunyi, dilubuk manapun mereka memencilkan diri, di lubang manapun digali untuk menutupi maksiat, Allah Maha Melihat perbuatan kita..malah dikiri dan kanan kita telah ditetapkan "bodyguard2" yang amat patuh perintah Allah dan dipertanggungjawabkan untuk mencatat baik buruk perbuatan kita..
disamping itu, fenomena biasa yang melanda muslim masa kini ialah ibadah sunat seakan diutamakan dari ibadah wajib. jika kita perhtika, ramai muslim yang berduyun-duyun datang berjemaah trawih sedangkan diluar bulan puasa, masjid lengang. bukan niat enulis untuk menjatuhkan semngat jemaah, tapi mengapa semua ini berlaku?kemana tingkatan ibadah wajib dimata kita?
sama-sama kita renungkan supaya kehidupan kita lebih terjamin diakhirat kelak..insyaAllah..
sempena kedatangan ramadhan ini, penulis ingin memohon maaf atas kesilapan penulis sama ada dalam sedar mahupun tidak..marilah kita sama2 mengukuhkan lagi pengabdian kepada Illahi..sesungguhnya bulan ramadhan ini adalah bulan umat...kerana banyak ganjaran yang kita perolehi sekiranya kita betul2 memanfaatkan peluang ini..pahala yang berlipat kali ganda..insyaAllah..tapi haruslah diingatkan agar setiap langkah dan deru nafas biar lillahitaala...
akhirulkalam..yg baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari diri penulis sendiri..
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!
JAGA JASMANI, STABILKAN EMOSI, PENUHI ROHANI DENGAN KEMANISAN HIDUP INSANI..
Langgan:
Catatan (Atom)