..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Rabu, 11 Ogos 2010

ahlan wa sahlan ya ramadhan..FENOMENA DISEBALIKNYA..buat rebungan bersama..

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, {al-baqarah:183}

sebagai makhluk ciptaan Allah yang bergelar manusia Islam, kita sewajibnya menurut perintah Allah yang antara perintah penting ialah berpuasa dibulan ramadhan. selari dengan firman Allah Taala dalam kitab-Nya seperti di atas, sebagai orang yanng beriman, seharusnya kita tidak memandang remeh ibadah puasa. fenomena zaman kini, orang islam mentafsirkan ibadah puasa sebagai satu budaya@ adat, bukan lagi satu perintah wajib dari Sang Pencipta. 

mengapa ini semua terjadi???

salah satu faktornya ialah kedatangan ramadhan itu sendiri yang disambut oleh sesetengah golongan sebagai satu yang tidak dilihat dari aspek agama. jika ditanya kepada mereka yang berpuasa..KENAPA BERPUASA DIBULAN RAMADHAN?

pasti jawapan bagi mereka yang tidak menghayati erti puasa sebenar akan menjwab, puasa sebab orang islam lain pun turut berpuasa...

lalu dimana hilangnya penghayatan ibadah puasa sebenar dalam hati kita?

sebetulnya..berpuasa biarlah kerana Allah yang memerintah seluruh alam buana ini..biar kerana takut dengan azab Allah..biar untuk mendapat redha Allah..

alangkah sedihnya bila ramai dalam kalangan kita yang berpuasa hanya kerana malu jika diketahui tidak berpuasa di bulan ramadhan ini..

alangkah malunya bila ada segelintir orang islam yang namanya berpuasa, tapi dari segi penjagaan ibadah lain dah tatacara kehiduan harian tidak terjaga..malah, dosa lebih kerap dilakukan dibulan ramadhan..astahgfirullah..,

lebih memeritkan, ada pula sesetengah pasangan muslim yang mengambil kesempata di bulan mulia ini untuk melakukan zina tanpa segan silu pada makhluk bernama manusia apatah lagi kepada Tuhan sekalian alam yang Maha Melihat setiap gerak geri kita..

seakan menjadi trend zaman-berzaman, anak muda muslim bijak mncari peluang untuk berdua-duaan di dalam bilik hotel di waktu maghrib kerana menganggap pada waktu inilah para-para ustaz dan ahli-ahli jakim sibuk berbuka puasa..

tapi tidakkah mereka terfikir, kemanapun mereka bersembunyi, dilubuk manapun mereka memencilkan diri, di lubang manapun digali untuk menutupi maksiat, Allah Maha Melihat perbuatan kita..malah dikiri dan kanan kita telah ditetapkan "bodyguard2" yang amat patuh perintah Allah dan dipertanggungjawabkan untuk mencatat baik buruk perbuatan kita..

disamping itu, fenomena biasa yang melanda muslim masa kini ialah ibadah sunat seakan diutamakan dari ibadah wajib. jika kita perhtika, ramai muslim yang berduyun-duyun datang berjemaah trawih sedangkan diluar bulan puasa, masjid lengang. bukan niat enulis untuk menjatuhkan semngat jemaah, tapi mengapa semua ini berlaku?kemana tingkatan ibadah wajib dimata kita?
sama-sama kita renungkan supaya kehidupan kita lebih terjamin diakhirat kelak..insyaAllah..

sempena kedatangan ramadhan ini, penulis ingin memohon maaf atas kesilapan penulis sama ada dalam sedar mahupun tidak..marilah kita sama2 mengukuhkan lagi pengabdian kepada Illahi..sesungguhnya bulan ramadhan ini adalah bulan umat...kerana banyak ganjaran yang kita perolehi sekiranya kita betul2 memanfaatkan peluang ini..pahala yang berlipat kali ganda..insyaAllah..tapi haruslah diingatkan agar setiap langkah dan deru nafas biar lillahitaala...

akhirulkalam..yg baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu datangnya dari diri penulis sendiri..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA!!

JAGA JASMANI, STABILKAN EMOSI, PENUHI ROHANI DENGAN KEMANISAN HIDUP INSANI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU