..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Khamis, 30 September 2010

BINGKISAN CINTA BUAT WANITA

sesak dadaku melihat gelagatmu..
gentar hatiku mengenangkan dosamu..
bagaimana harusku lentur egomu..
biar rebah dalam suci taubatmu..

sayang..
tidakkah kau sedar?
tiap langkahmu itu ada mata yang meliar..
ada telinga yang bergegar..
ada hati yang menggeletar..

mengapa sungguh keras hati itu?
lebih keras dari batu yang kau pijak..

tubuhmu itu..
bukan untuk kau perlihatkan..
bukan untuk kau pamerkan..
bukan untuk kau sia-siakan..
bukan untuk kau banggakan..

anugerah itu..
untuk kau jaga..
untuk kau pelihara..
untuk kau guna dalam beribadah..
untuk kau guna menyembah-Nya
untuk kau guna menyebut nama-Nya..
untuk kau guna mengingati-Nya..

kasih..
tidakkah kau sesak melihat lautan manusia..
berjalan di atas muka bumi tanpa sedar akan larangan pencipta-Nya..
mereka gah menunjuk warna kulit..
bangga memakai baju ketat..
gian berseluar sendat..

segan..
malu...
bersalah..
kelu..
takut..
marah..
insaf..
bila aku melihat tingkah kalian..
apa masih tidak puas dengan keseronokan yang dinikmati selama ini?
apa jaminan usiamu terjamin sehingga hari esok?
belum gentarkah jiwamu?
dengan janji azab yg Tuhan patrikan dalam kitab-Nya?
apa kau meragui kebenaran risalah itu?

berhentilah wahai kaumku..
berhenti dari mengundang bencanamu sendiri..
jgn nanti menyesal di kemudian hari..
bila perut sudah berisi..
kau bilang bukan kehendkmu..
sedangkan pakaian dan pergaulanmu 
yang menjemput semua itu..

bertaubatlah..
selagi nyawa di dalam badan..
janganlah berkecil hati kerana teguran ini..
berkecil hatilah kerana kau telah murkai Dia..
menangislah kekesalan..
atas dosa-dosa silam..
jangan menangis membakar baju mahalmu itu..
yang mahal itu..
menyebabkan kau MURAH pd pandangan mata manusia.

SALAM SAYANG BUAT KALIAN YANG FAHAM.

2 ulasan:

  1. seribu atu mkna yg tersrat..^_^..
    sma2la kta doakn agr tiap kli kta lalai kta d'sedar kn..dan jgn pla kta sndri mmbt kta x sdar...:)

    BalasPadam
  2. semua ni kerana hidup di dunia hanya sementara sahaja dan sesungguhnya kita diciptakan adalah semata2x untuk beribadah kepadaNya....jadi renung2xkanlah dan selamat beramal...hehe

    BalasPadam

RUANG TAMU