Buat adik-adikku..
kakakmu ini ingin berbicara..
kakak bukan insan yang sempurna..
apatah lagi insan yang lantang berhujah ..
tapi..
kakak juga ada kemahuan untuk memperjuangkan agama Allah..
dengan kudrat yang Allah berikan..
Menyampaikan syahadah...
Memperbetulkan insan yang beragama Islam..
Agar menjadi Insan yang menghayati..
hakikat pegangan syahadah yang sebenar...
Adik-adikku...
Hidup ini satu perjuangan..
Hidup ini penuh berliku...
Andai dirimu jatuh tersungkur..
Andai dirimu terluka..
Andai dirimu kesakitan..
Kembalilah pada Al-Khaliq..
Kerana DIA tidak pernah pekak..
Tidak pernah Bisu..
Tidak pernah Menipu..
Janjinya adalah Pasti..
Buat ummatNya yang sentiasa mengingati..
Pada kekuatan Tuhan pencipta Hakiki...
adik-adikku..
dirimu masih mentah lagi..
tatkala kesalahan itu dilakukan....
tatkala bergelumang dengan dosa itu..
namun adik-adikku..'
kini Hidayah datang menyapamu..
jangan biarkan dia pergi berlalu..
meninggalkan dirimu kesepian..
bertungkus lumus melawan godaan itu..
rebutlah Hidayah itu....
Percepatkan langkahMu menuju jalan kebenaran..
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang menerima Hidayah dariNya..
Jangan biarkan Allah palingkan wajahnya lantaran kemaksiatan yang kita lakukan..
Jangan biarkan Allah lupa doa yang kita panjatkan..
Jadilah manusia yang sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari hari semalam...
Bukankah ini salah satu ciri-ciri mukmin berjaya..
Insyaallah..
Perbanyakkan doa kepada Allah..
Itu adalah kunci yang paling utama..
Untuk mengubah diri sendiri bukan mudah..
Bermujahadahlah dengan keyakinan Allah sentiasa membantu hambaNya...
Innallahama'ana..
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..
Salam Sayang Selalu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan