bismillah...
dua minggu dah berlalu..selama iitulah blog ini tidak menerima idea-idea barudari blogger nya..jihad dalam peperiksaan memaksa diri ini memenjarakan minda untuk berpena. semalam selesai suddah jihad d bumi Allah ini, moga segalanya berakhir dengan kemenangan..selama minggu exam, amat jarang saya melayari laman web lai selain laman-laman yang memaparkan isu-isu semasa seperti Bharian, Utusan Malaysia dan Iluvislam. dan sebentar tadi, dari laman Bharian, saya terbaca satu isu yang amat menarik minda untuk berfikir. iaitu tentang satu ajaran yang rasanya tidak ramai yang ingat dan tahu iaitu ajaran Al-Arqam Aurad Muhamadiah. sapa mereka ini?ajaran apa yang mereka ketengahkan? baru-baru ini, pemimpin utama ajaran ini iaitu Asaari Muhamad telah pergi menghadap Penciptanya.
namun bukan itu yang akan saya bangkitkan di sini. main point di sini ialah di mana tahap kesedaran kita terhadap perjuangan ajaran ini dan bagaimana pula kita untuk bertindak dengan cara yang betul?oleh kerana rasa ingin tahu yang tinggi, saya terus mencari maklumat tentang ajaran ini. saya tahu sesat..tapi sesat yang bagaimana? apa prinsip mereka? dari mana ajaran mereka? apakah perjuangan mereka? segalanya menyerbu minda sekaligus..
bermula dari satu laman blog seorang saudara, segalanya terjawab sudah. bila meneliti tentang ajaran ini secara mendalam, saya tertaanya diri sendiri. kenapa saya tidak tahu banyak tentang ajaran ini sedangkan ajaran ini pernah popular satu ketika dahulu kerana diisytiharkan sesat. oh...kerana pada waktu itu, umur pun baru setahun jagung, hingus masih meleleh, otak pun tak pandai nak guna lagi. jadi sekarang, bila dah pandai guna otak, saya perlu kongsi dengan orang tentang apa yang saya tahu kerana saya perlu sampaikan demi memelihara kesucian Islam.
saya cuba untuk jadi follower blog sahabat tadi tapi gagal atas beberapa sebab. bila dh follow senang pembaca untuk hanya klik sahaja pada link blog saya. walaubagaimanapun, itu bukan alasan untuk saya menyimpan maklumat ini seorang diri. saya tidak ingin menyingkap banyak tentang ajaran ini di blog saya kerana maklumat lain anda hanya perlu access jer kat internet.
AJARAN AL-ARQAM ADALAH TERNYATA SESAT!!!!!
ramai antara kita tidak tahu bagaimana untuk mengetahui sesuatu ajaran itu adalah sesat atau betul terutamanya golongan-golongan yang kurang pngetahuan agama. oleh itu, saya ingin berkongsi ciri-ciri orang yang ilmunya bukanlah ilmu yang betul di mana kita boleh melihat atau menegesannya secara luaran. semoga bermanfaat.
Imam Ibn Rajab al-Hambali menyatakan ilmu yang bermanfaat akan nampak pada seseorang dengan tanda-tandanya, iaitu:
1. beramal dengannya.
2. benci disanjung, dipuji dan takabbur atas orang lain.
3. semakin bertawadhuk ketika ilmunya semakin banyak.
4. menghindar dari cinta kepemimpinan dan dunia.
5. menghindar untuk mengaku berilmu.
6. bersu’udzan (buruk sangka) kepada dirinya dan husnudzan (baik sangka) kepada orang lain dalam rangka menghindari celaan kepada orang lain.
(Lihat Fadl Ilm Salaf, Hlm. 56-57 dan Hilyah Thalib Ilm, Hlm. 71)
ciri-ciri di atas ternyata tidak ada pada pemimpin ajaran Al-Arqam iaiut Asaari malah ciri-ciri di bawah amat jelas dapat dilihat padanya dan pengikutnya.
Seterusnya, Imam Ibn Rajab al-Hambali berkata, ilmu yang tidak bermanfaat juga akan nampak tanda-tandanya pada orang yang menyandangnya iaitu:
1. tumbuhnya sifat sombong, sangat cintakan dunia dan berlumba-lumba padanya, sombong terhadap ulama, berdebat dengan orang-orang bodoh, dan memfokuskan perhatian manusia kepadanya.
2. mengaku sebagai wali Allah atau merasa suci diri.
3. tidak mahu menerima yang haq dan tunduk kepada kebenaran, dan sombong kepada orang yang mengucapkan kebenaran jika darjatnya di bawahnya dalam pandangan manusia, serta tetap dalam kebatilan.
4. menganggap orang lain bodoh dan mencacat mereka dalam rangka menaikkan dirinya di atas mereka. Bahkan terkadang menilai ulama terdahulu dengan kebodohan, lalai, atau lupa sehingga hal itu menjadikan ia mencintai kelebihan yang dimilikinya dan berburuk sangka kepada ulama yang terdahulu.
(Lihat Fadl Ilm Salaf: 53, 54, 57, 58)
jika anda ada membaca tentang penulisan satu buku oleh isteri kedua asaari yang bertajuk TSUNAMI;Bukti Abuya Putra Bani Tamin, jelas menunjukkan bahawa ajaran ini adalah sesat di mana dalam buku ini penulisnya mendakwa stunami adalah atas perintah Asaari dan perlindungan hanya boleh diminta dari pemimpin ajaran sesat tersebut.
di sini dapat kita lihat akidah ahli-ahl ajaran ini telah jauh terpesong dari landasan yang sebenar. kenapa mereka jadi begini?
1. mereka tidak berpegang pada kitab suci Al-Quran
2. mereka tidak mengikut Sunnah Rasulullah
3. mereka tidak mengingati azab neraka
4. mereka tidak mendalami Islam dengan sebenar-benarnya
5. mereka tidak ada pegangan akidah yang mantap
6. tidak brsyukur dengan nikmat Allah
ini adalah antara punca-punca kenapa manusia seperti mereka ini jadi begini. malah kita juga tidak terkecuali sekiranya tidak melengkakan diri dengan ilmu yang secukupnya. saya mengingati diri sendiri dan anda semua kerana zaman sekarang arus globalisasi yang kita canangkan menjadi salah satu medium yang mampu memesongkan akidah orang Islam.
sesiapa yang ingin maklumat lanjut sila link di sini: http://rufaqa-sesat.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan