..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Ahad, 9 Mei 2010

Sekiranya Dia Tercipta Untukku..Relaku Menjadi Miliknya..


Atas permintaan seorang kawan untuk membuat artikel tentang janji Allah, akhirnya tercapai juga hasrat saudara tersebut. Alhamdulillah, segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari hamba yang kerdil. Sekiranya ada yang terkurang atau tersalah, pembaca bolehla komen di bawah..syukran jazilan..dan selamat membaca.

Bila disebut tentang janji, ramai kalangan kita yang hanya ingat janji dengan manusia semata. Janji temu..temu janji..janji makan..janji minum..janji shopping..janji kawan...dan macam-macam lagi..tapi jarang yang mengingati janji kita dengan Allah..dan janji Allah dengan kita..bila difikir tentang janji Allah dengan kita..pernahkah kita terdetik untuk menyedari bahawa kehadiran janji Allah itu adalah salah satu tanda kecintaan Allah kepada hamba-Nya..tanda perhubungan yang begitu rapat antara hamba denga Pencipta-nya.

Begitu banyak janji Allah dengan kita. Macam-macam ada. Paling utama dan dekat adalah nikmat syurga dan azab neraka. Sesuai dengan firman Allah Ta’ala dalam surah 

Ash Shaaffaat:40-43
“tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Mereka itu memperoleh rezki yang tertentu, yaitu buah-buahan. Dan mereka adalah orang-orang yang dimuliakan, di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.”

Dan surah Al A'raaf:44

Dan penghuni-penghuni surga berseru kepada Penghuni-penghuni neraka (dengan mengatakan): "Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kami menjanjikannya kepada kami. Maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab)yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepadamu)?" Mereka (penduduk neraka) menjawab: "Betul." Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan di antara kedua golongan itu: "Kutukan Allah ditimpakan kepada orang-orang yang zalim,


Banyak lagi ayat-ayat cinta dari Allah yang berbicara tentang janji-janji-Nya. Namun kali ini, saya diminta untuk mengulas sedikit tentang satu janji Allah iaitu janji tentang jodoh manusia. Dengan sedikit ilmu didada, saya cuba juga memberi pendapat dan komen berkaitan tajuk diskusi ini demi merealitikan permintaan sahabat.

Bercerita tentang jodoh, pasti ramai yang tertarik kerana tajuk ini memang menarik, tertarik dan da bomb. Tajuk diskusi yang evergreen. Dibincang bila-bila pun takkan membosankan kerana ada sahaja isu-isu yang timbul. Begitu berminat manusia menyentuh soal jodoh. Itulah reality kehidupan insani. Satu fenomena di IPT sekarang ialah dimana para penuntut mendirikan rumah tangga semasa masih menuntut. Bagi yang bukan bergelar penuntut pula, ramai yang sudah berkahwin muda sejurus selepas tamatnya SPM. Alhamdulillah dan tahniah kepada mereka ini kerana jodoh datang awal dan mereka lebih terpelihara dari maksiat.

Baru-baru ini, saya menghadiri satu forum yang bertajuk “DILEMA SISWA DALAM ARUS CINTA”. Bagi yang menghadirinya pasti tak kering gusi. Dan yang tidak menghadirinya adalah satu kerugian yang nyata. Kering gusi bukanlah bermaksud idea-idea yang dilontarkan hanya lawak kosong. Tapi para panel yang dijemput cukup mengancam cara penyampainnya, cukup segak gaya bahasanya, cukup memikat isi hujahnya.

Bila soal cinta dan jodoh dibangkitkan, ramai yang exited nak kahwin. Ada pula yang kebingungan nak pilih yang mana satu. Bagi yang belum berpunya pula, gusar dihati kerana belum bertemu yang berkenan dihati. Antara minda yang membuat keputusan kerana budaya atau kematangan fikiran yang mendorong kewarasan, ramai yang teruja untuk kahwin awal bilamana fenomena ini menular dewasa ini. Paling keruan bila cinta belum berpunya atau cinta tidak berbalas.

Ingin ditegaskan disini, kita telah didedahkan dengan cogan kata yang bukan sekadar kata-kata tapi itulah kenyataan yang perlu kita pegang dan semat didalam hati bahawa ISLAM IS THE WAY OF LIFE. Islam adalah ad-deen. Cara hidup yang Allah sendiri telah ajarkan kepada kita melalui kalam wahyu-Nya yakni AL-QURAN. Kenapa bingung soal jodoh?mengapa perlu gusar tentang pasangan hidup?


Al-quran ada jawapannya. Siapa jodoh kita, ini jawapannya.

Asy Syuura: 11
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasang-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasang-pasang(pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan Melihat.

Yaasiin : 36
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan  pasang-pasang semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
An Najm: 45 dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasang pria dan wanita.

Dan banyak lagi ayat-ayat Allah yang menjelaskan kepada kita siapa pasangan kita. Tapi kebanyakkan kita bingung...gusar..jiwa kacau bila umur dah meningkat naik tapi belum naik pelamin. Ingatlah wahai manusia, pasangan kita tetap ada. Sama ada di syurga mahupun di dunia sudah tetrulis pun di Lauh Mahfuz. Kerana janji Allah itu pasti.
Timbul pula isu nak dapat pasangan yang soleh wa musleh. Bagaimana nak dapat pasangan seperti yang kita mahu. Jawapannya ada dalam kitab suci kita. Sekali lagi janji Allah perlu kita pegang. Allah berfirman dlam kalam wahyu-Nya melalui surah 
An-Nurr: 26 yang membawa maksud:-
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)


Jelas sekali, untuk mendapat pasangan yang baik, jadikan diri kita baik dahulu. Untuk dapatkan pasangan yang soleh, jadikan diri kita yang tersoleh dahulu. Nyata Allah telah beri panduan kepada kita. Hanya kita yang perlu berusaha untuk mencarinya. Satu cadangan dari saya, tontonlah movie KETIKA CINTA BERTASBIH 1 DAN 2. Wallahualam...semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca sekalian..jazakumullahu khairan kathiraa..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU