..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Sabtu, 29 Januari 2011

~~mind and heart setting~~


awal-awal tahun begini, memang agak serabut fikiran dbuatnya. dengan kerja-kerja tahun lalu yang minta di update kan dan kerja-kerja tahun ini yang mohon dirancangkan. hmmmm...tapi itu semua lumrah manusia yang punyai matlamat. yang tiada matlamat, pasti hidupnya tiada arah tuju. makan, tido, mandi..tu je rutin hariannya. pasti kebosanan menjadi teman setia.

baru semalam, Zahratul Jannah selesai majlis ta'lim nya..alhamdulillah, majlis disertai saudara2 baru yang kebanyakkannya datang dari semenanjung tanah air. kami warga ZJ amat2 berbesar hati menyambut kedatangan kalian. Ahlan Wa Sahlan..moga hati2 kita terpaut pada cinta yang satu..

perkongsian yang dsampaikan oleh ukhti Norazimah amat mantap. isi perkongsian yang mengutarakan kemana fikiran dan hati seorang muslim perlu diarahkan sangat sesuai disampaikan pada awal2 tahun begini. dengan harapan agar kaum muslimin tidak tersasar dari landasan yang telah di syariatkan.

dalam menggapai erti penghidupan yang sebenar berlandaskan al-quran dan sunah, sudah pasti manusia memerlukan sokongan. mana mungkin setiap kerja itu berjaya terlaksana jika tidak bersama dengan orang lain. pentingnya jemaah dalam mengangkat semula keagungan Islam menjadii paksi utama perjuangan.

bahkan Rasulullah dalam rentetan dakwahnya tidak pernah bergerak seorang diri. ke mana sahaja baginda pergi, baginda bergerak dalam jemaah. menyoroti kisah perjuangan baginda, amat memberi kesan dalam usaha mencapai matlamat hidup sebagai khalifah Allah.

tetapi, fenomena semasa, manusia dilihat kian ghairah bergerak seorang diri. masih tidak mahu mengakui hakikat bahawa tiada kejayaan yang mampu digenggam bila kerja dilakukan seorang diri. usaha untuk mengubah pandangna begini amat payah kerana corak pemkiran ini telah tertanam beribu tahun dahulu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. seakan sebati dalam diri, stereotaip ini masih kental dalam masyarakat yang mengaku madani pada hari ini. namun, usaha ZJ untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya merupakan satu usaha yang amat  tepat.

dalam pada itu, isi perkongsian juga menyentuh soal nikmat2 yang Allah telah berikan kepada kita. bertuahnya manusia adalah kerana diciptakan dengan akal untuk berfikir. malangnya, akal fikiran yang percuma diberi itu di salah gunakan. tidakkah kita seakan tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi?

manusia sememangya makhluk yang cukup bertuah. penciptaanya dibela oleh Allah tatkala malaikat ragu akan kehadirannya dimuka bumi. Allah berfirman

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

[Al-Baqarah:30]

tapi sebaliknya, manusia jarang sekali untuk berterima kasih kepada Penciptanya. sedih sekali. malah umat nabi Muhammad ini seringkali lalai walaupun A--Quran mengakui bahawa umat nabi akhir zaman ini adalah yang terbaik.


" Kamu (wahai umat muhamad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan (bagi) faedah umat 
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)"
 [Ali-Imran:110]

justeru, sebagai manusia yang berakal, diberi tanggungjawab sebagai khalifah, juga umat yang terbaik, kita seharusnya berpijak dibumi yang nyata. bukan hanya tinggal dalam angan2 dan khayalan keduniaan. sedarlah bahawa

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.


[Al-Hadid:20]

matlamat utama kita adalah akhirat. semoga dengan perkongsian ini, mampu membuka hati2 yang masih tertutup dan menerangi jiwa2 yang masih gelap. tiada lain yang kami harapkan, hanya pertemuan kita di syurga yang abadi..amin ya rabbal alamin..



Rabu, 26 Januari 2011

MAJLIS TA'LIM PERDANA

salam ukhwah sahabiah sekalian!!!

MAJLIS TA'LIM PERDANA ZAHRATUL JANNAH

TARIKH : 27 JANUARI 2011
MASA : SELEPAS ISYA/MOREH
LOKASI : SURAU DARUL INSYIRAH

TAJUK PERKONGSIAN : MIND AND HEART SETTING


SEMUA PELAJAR MUSLIMAH IPGKS(YANG TINGGAL DILUAR MAHUPUN DI DALAM KAMPUS) DIJEMPUT HADIR UNTUK SAMA2 MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS ILMU INI AGAR DAPAT SAMA2 MEMPERBAIKI DIRI, MENCERAHKAN ROHANI, MENJERNIHKAN EMOSI.


“Apabila kamu melalui taman2 syurga, minumlah sehingga puas. Para sahabat bertanya, ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan taman-taman syurga itu? Nabi menjawab: “Majlis-majlis ilmu.”
(riwayat at-Tabrani)



SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH.


INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA;


SALAH SATUNYA ADALAH LAPANG SEBELUM SEMPIT.



Khamis, 20 Januari 2011

MESYUARAT ZAHRATUL JANNAH

ASSALAMUALAIKUM...

ZAHRATUL JANNAH akan mengadakan meeting pertama bersama semua ahlii ZJ pada

tarikh : 20 januari 2011
masa : 8.30 malam/selepas moreh
tempat : surau darul insyirah

semua guru pelatih muslimah dijemput hadir. pembentangan ajk akan dilakukan pada malam tersebut serta perjalanan takwim sepanjang tahun oleh pengerusi. diharap semua pelatih muslimah IPGKS dapa menghadirkan diri. sekian terima kasih.

" BERSAMA MENJALIN UKHWAH "

Ahad, 16 Januari 2011

sabar itu makanan kematangan

menguji kesabaran..


hampir seminggu ana berusaha menaiktaraf laman blog ini..sabar..itu tunjang utama mengapa blog ini masih bernyawa sampai saat ini..hehehe..walaupun begitu, ana masih tidak berpuas hati dengan features dan keadaan blog yang seakan-akan kosong..oleh yang demikian, ana pun meng"explore" features yang ada, bertanya kawan yang pakar demi untuk memastikan laman ini memenuhi citarasa dan piawaian keredhaan Allah khususnya, dan memuaskan hati pengungjung amnya...


dalam tempoh ini, ana belajar banyak perkara..belajar sesuatu yang baru mahupun memperkayakan sesuatu yang telah ada dalam tetapi belum mampan dalam jiwa..ana tahu, Allah ingin menguji ana..sejauh mana ana betul2 ikhlas dalam niat ana..betul2 mahu berkorban demi agamaNya..pernah di tengah perjuangan, ana seakan mahu menyerah kalah lantaran desakan teknikal yang betul2 menembak fikiran ana...terlebur juga sdikit kesabaran..namun istighfar memadam api yang tidak sempat marak..alhamdulillah...ana semakin kenal erti payahnya perjuangan...pahit bagaimana pun, ana mahu belajar untuk menelannya...kerana ini jalan yang ana pilih seikhlas hati ana..


bercerita tentang pilihan..
berapa ramai antara kita yang mampu memilih dengan tepat...sebagai insan yang lemah, ana mungkin hamba Allah yang tidak berani untuk mengambil risiko..namun dalam perjuangan agama ini, ana tidak tahu dari mana ana mendpat kekuatan untuk mengambil apa sahaja risiko (yang datang setakat inilah) demi menegakkan agama Allah. haza addin..perkongsian dari sahabat pada hujung tahun lepas semakin menguatkan azam ana. ana semakin yakin pilihan ana adalah tepat dan berdoa agar Allah tetap meneguhkan hati ana pada jalan ini.


jatuh bangun dalam perjuangan, itu adat..tiada lain yang ana harapkan..bilamana diri ini rebah, biar lah kekal rebah di jalan ini..kerana ana tahu, di sana ada kepuasannya..


buat sahabat2 seperjuangan ana..ana tahu kalian sentiasa bersama ana..bila ana tersungkur, bangkitkanlah ana dengan cara apa sekalipun..bila ana tesalah langkah, tariklah ana semula ke jalan yang benar..jalan yang telah sama kita sepakati selama ini..kerana ana bukan sesiapa tanpa kalian di sisi..berjuang sendirian tiada maknanya..


ana harap..ikatan hati2 kita terikat rapi kerana Allah..untuk menegakkan agama Allah..

Selasa, 11 Januari 2011

Feedback SINERGI {HILAL ASYRAF}

Assalamualaikum wbt..


alhamdulillah setelah sekian lama menyepikan diri dari mengolah idea di laman blog ini, akhirnya Allah mengizinkan jua ana untuk meluangkan sedikit masa  berkongsi ilmu yang tidaklah seberapa. rasa izzah sebagai hamba Allah yang diberi akal melebihi makhluk lain di muka bumi ini mendorong ana untuk menyampaikan walau sepatah sesuai dengan pesana dari kekasih Allah yang agung, Muhamad saw:


" Ballighu 'annii walau bil ayah"
Yang bermaksud, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".

sesi kuliah baru kini telah bermula. 2, 3 hari pertama menyaksikan kelapangan masa dari kerja-kerja tutorial mahupun kerja-kerja rumah yang lain. lalu ana pun mengambil keputusan untuk mengisi masa yang ada dengan membaca novel yang berkonsepkan pembangunan jiwa. ana teringat janji dengan seorang sahabat untuk meminjam novel beliau. novel yang memang ana tunggu keluarannya, namun ana belum lagi memilikinya. 

"SINERGI"
tajuk yang mampu menarik pembaca untuk memahami makna disebaliknya. ringkas tapi kemas. itu inferens awal ana. untuk membuktikannya, kena lah ana habiskan pembacaan sampailah ke muka surat yang terakhir.

susunan kronologi cerita yang amat baik mampu mengikat pembaca untuk meneruskan pembacaan. jika tidak mengenangkan ada pensyarah di depan, pasti ana hanyut dalam penghayatan yang tidak melemaskan.

dalam perkongsian ini, ana nak berkongsi hanya pada isi utama cerita yang diketengahkan oleh penulis iaitu UKHWAH. apa agaknya makna ukhwah ek? senang jer..bagi pendapat ana, ukhwah boleh la didefinisikan sebagai ikatan hati yang mengikat dua atau lebih insan berlandaskan kecintaan kepada Allah SWT yang pasti akan mendorong insan-insan ini untuk saling berkongsi rasa, berkorban, dan saling mengasihi. pastinya dalam islam, manusia2 yang berukhwah atas nama Allah dipandang tinggi, malah Allah sendri berjanji menerusSabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi, Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang saling mengasihi kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, orang-orang yang saling menyambung silaturrahim kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, orang-orang yang saling menasihati kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, orang-orang yang mengeluarkan harta kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, dan orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka bergembira di tempat para Nabi, Siddiqin dan syuhada." 

(Riwayat Imam Ahmad dan Malik)

ukhwah yang terbina antara Irfan dan Asid cukp kukuh. melebihi ikatan adik-beradik lagaknya. mereka saling mengasihi kerana Allah, saling membantu kerana Allah, saling melengkapi kerana Allah. malah mereka turut berkongsi matlamat yang sama iaitu menegakkan agama Islam di muka bumi. 
 
jika dibandingkan dengan jalan cerita dalam novel TERASING, tidak banyak bezanya. namun dalam SINERGI, kisahnya lebih mantap, episod yang berkesinambungan membuatkan pembaca (ana sendiri) seolah-olah tidak sanggup menunggu sesaat pun untuk mengetahui kesudahannya. permainan konflik yang cukup cantik mendebarkan hati pembaca. dalam novel ini juga daapt kita lihat, bagaimana seorang manusia bergelar da'i begitu tegar dalam mengharungi tentangan yang dihadapi sama ada berbentuk fizikal, mental mahupun emosi. ketebalan tembok kesabaran dalam diri kedua-dua sahabat ini yang juga merangkap adik-beradik angkat tidak mampu ditembusi onar-onar yang di reka kreatif oleh kumpulan Disaster 5. 

peribadi unggul yang ditunjukkan oleh watak utama menjadi wadah utama dalam membawa mereka yang baru tersasar atau yang telah tersasar jauh kembali ke pangkal jalan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. novel ini amat2 sesuai bagi mereka yang ingin mencari penyelesaian bagi permasalahan ukhwah. 

secara peribadi, novel ini telah memberi inspirasi dan keinsafan kepada ana dalam mengenal erti sebenar ukhwah. betapa pentingnya nilai ukhwah dalam konsep dakwah membuka mata ana. tidak mahu menulis panjang, nanti tak suprise bg yang belum membaca SINERGI. kata-kata terakhir dari ana, MILIKI DAN HAYATILAH NOVEL INI. ANDA PASTI TIDAK AKAN MENYESAL!!! JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PENERBITAN SINERGI.

RUANG TAMU