..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Selasa, 11 Januari 2011

Feedback SINERGI {HILAL ASYRAF}

Assalamualaikum wbt..


alhamdulillah setelah sekian lama menyepikan diri dari mengolah idea di laman blog ini, akhirnya Allah mengizinkan jua ana untuk meluangkan sedikit masa  berkongsi ilmu yang tidaklah seberapa. rasa izzah sebagai hamba Allah yang diberi akal melebihi makhluk lain di muka bumi ini mendorong ana untuk menyampaikan walau sepatah sesuai dengan pesana dari kekasih Allah yang agung, Muhamad saw:


" Ballighu 'annii walau bil ayah"
Yang bermaksud, "sampaikanlah dariku walau sepotong ayat".

sesi kuliah baru kini telah bermula. 2, 3 hari pertama menyaksikan kelapangan masa dari kerja-kerja tutorial mahupun kerja-kerja rumah yang lain. lalu ana pun mengambil keputusan untuk mengisi masa yang ada dengan membaca novel yang berkonsepkan pembangunan jiwa. ana teringat janji dengan seorang sahabat untuk meminjam novel beliau. novel yang memang ana tunggu keluarannya, namun ana belum lagi memilikinya. 

"SINERGI"
tajuk yang mampu menarik pembaca untuk memahami makna disebaliknya. ringkas tapi kemas. itu inferens awal ana. untuk membuktikannya, kena lah ana habiskan pembacaan sampailah ke muka surat yang terakhir.

susunan kronologi cerita yang amat baik mampu mengikat pembaca untuk meneruskan pembacaan. jika tidak mengenangkan ada pensyarah di depan, pasti ana hanyut dalam penghayatan yang tidak melemaskan.

dalam perkongsian ini, ana nak berkongsi hanya pada isi utama cerita yang diketengahkan oleh penulis iaitu UKHWAH. apa agaknya makna ukhwah ek? senang jer..bagi pendapat ana, ukhwah boleh la didefinisikan sebagai ikatan hati yang mengikat dua atau lebih insan berlandaskan kecintaan kepada Allah SWT yang pasti akan mendorong insan-insan ini untuk saling berkongsi rasa, berkorban, dan saling mengasihi. pastinya dalam islam, manusia2 yang berukhwah atas nama Allah dipandang tinggi, malah Allah sendri berjanji menerusSabda Rasulullah SAW dalam hadis Qudsi, Allah Taala berfirman yang bermaksud: "Orang-orang yang saling mengasihi kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, orang-orang yang saling menyambung silaturrahim kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, orang-orang yang saling menasihati kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, orang-orang yang mengeluarkan harta kerana-Ku layak mendapat kasih sayang-Ku, dan orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka bergembira di tempat para Nabi, Siddiqin dan syuhada." 

(Riwayat Imam Ahmad dan Malik)

ukhwah yang terbina antara Irfan dan Asid cukp kukuh. melebihi ikatan adik-beradik lagaknya. mereka saling mengasihi kerana Allah, saling membantu kerana Allah, saling melengkapi kerana Allah. malah mereka turut berkongsi matlamat yang sama iaitu menegakkan agama Islam di muka bumi. 
 
jika dibandingkan dengan jalan cerita dalam novel TERASING, tidak banyak bezanya. namun dalam SINERGI, kisahnya lebih mantap, episod yang berkesinambungan membuatkan pembaca (ana sendiri) seolah-olah tidak sanggup menunggu sesaat pun untuk mengetahui kesudahannya. permainan konflik yang cukup cantik mendebarkan hati pembaca. dalam novel ini juga daapt kita lihat, bagaimana seorang manusia bergelar da'i begitu tegar dalam mengharungi tentangan yang dihadapi sama ada berbentuk fizikal, mental mahupun emosi. ketebalan tembok kesabaran dalam diri kedua-dua sahabat ini yang juga merangkap adik-beradik angkat tidak mampu ditembusi onar-onar yang di reka kreatif oleh kumpulan Disaster 5. 

peribadi unggul yang ditunjukkan oleh watak utama menjadi wadah utama dalam membawa mereka yang baru tersasar atau yang telah tersasar jauh kembali ke pangkal jalan seperti yang dikehendaki oleh Allah swt. novel ini amat2 sesuai bagi mereka yang ingin mencari penyelesaian bagi permasalahan ukhwah. 

secara peribadi, novel ini telah memberi inspirasi dan keinsafan kepada ana dalam mengenal erti sebenar ukhwah. betapa pentingnya nilai ukhwah dalam konsep dakwah membuka mata ana. tidak mahu menulis panjang, nanti tak suprise bg yang belum membaca SINERGI. kata-kata terakhir dari ana, MILIKI DAN HAYATILAH NOVEL INI. ANDA PASTI TIDAK AKAN MENYESAL!!! JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PENERBITAN SINERGI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU