awal-awal tahun begini, memang agak serabut fikiran dbuatnya. dengan kerja-kerja tahun lalu yang minta di update kan dan kerja-kerja tahun ini yang mohon dirancangkan. hmmmm...tapi itu semua lumrah manusia yang punyai matlamat. yang tiada matlamat, pasti hidupnya tiada arah tuju. makan, tido, mandi..tu je rutin hariannya. pasti kebosanan menjadi teman setia.
baru semalam, Zahratul Jannah selesai majlis ta'lim nya..alhamdulillah, majlis disertai saudara2 baru yang kebanyakkannya datang dari semenanjung tanah air. kami warga ZJ amat2 berbesar hati menyambut kedatangan kalian. Ahlan Wa Sahlan..moga hati2 kita terpaut pada cinta yang satu..
perkongsian yang dsampaikan oleh ukhti Norazimah amat mantap. isi perkongsian yang mengutarakan kemana fikiran dan hati seorang muslim perlu diarahkan sangat sesuai disampaikan pada awal2 tahun begini. dengan harapan agar kaum muslimin tidak tersasar dari landasan yang telah di syariatkan.
dalam menggapai erti penghidupan yang sebenar berlandaskan al-quran dan sunah, sudah pasti manusia memerlukan sokongan. mana mungkin setiap kerja itu berjaya terlaksana jika tidak bersama dengan orang lain. pentingnya jemaah dalam mengangkat semula keagungan Islam menjadii paksi utama perjuangan.
bahkan Rasulullah dalam rentetan dakwahnya tidak pernah bergerak seorang diri. ke mana sahaja baginda pergi, baginda bergerak dalam jemaah. menyoroti kisah perjuangan baginda, amat memberi kesan dalam usaha mencapai matlamat hidup sebagai khalifah Allah.
tetapi, fenomena semasa, manusia dilihat kian ghairah bergerak seorang diri. masih tidak mahu mengakui hakikat bahawa tiada kejayaan yang mampu digenggam bila kerja dilakukan seorang diri. usaha untuk mengubah pandangna begini amat payah kerana corak pemkiran ini telah tertanam beribu tahun dahulu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. seakan sebati dalam diri, stereotaip ini masih kental dalam masyarakat yang mengaku madani pada hari ini. namun, usaha ZJ untuk mengembalikan manusia kepada fitrahnya merupakan satu usaha yang amat tepat.
dalam pada itu, isi perkongsian juga menyentuh soal nikmat2 yang Allah telah berikan kepada kita. bertuahnya manusia adalah kerana diciptakan dengan akal untuk berfikir. malangnya, akal fikiran yang percuma diberi itu di salah gunakan. tidakkah kita seakan tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi?
manusia sememangya makhluk yang cukup bertuah. penciptaanya dibela oleh Allah tatkala malaikat ragu akan kehadirannya dimuka bumi. Allah berfirman
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
[Al-Baqarah:30]
tapi sebaliknya, manusia jarang sekali untuk berterima kasih kepada Penciptanya. sedih sekali. malah umat nabi Muhammad ini seringkali lalai walaupun A--Quran mengakui bahawa umat nabi akhir zaman ini adalah yang terbaik.
" Kamu (wahai umat muhamad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan (bagi) faedah umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada allah (dengan sebenar-benar iman)"
[Ali-Imran:110]
justeru, sebagai manusia yang berakal, diberi tanggungjawab sebagai khalifah, juga umat yang terbaik, kita seharusnya berpijak dibumi yang nyata. bukan hanya tinggal dalam angan2 dan khayalan keduniaan. sedarlah bahawa
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
[Al-Hadid:20]
matlamat utama kita adalah akhirat. semoga dengan perkongsian ini, mampu membuka hati2 yang masih tertutup dan menerangi jiwa2 yang masih gelap. tiada lain yang kami harapkan, hanya pertemuan kita di syurga yang abadi..amin ya rabbal alamin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan