..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

..ERTI HIDUP PADA MEMBERI..

Ahad, 16 Januari 2011

sabar itu makanan kematangan

menguji kesabaran..


hampir seminggu ana berusaha menaiktaraf laman blog ini..sabar..itu tunjang utama mengapa blog ini masih bernyawa sampai saat ini..hehehe..walaupun begitu, ana masih tidak berpuas hati dengan features dan keadaan blog yang seakan-akan kosong..oleh yang demikian, ana pun meng"explore" features yang ada, bertanya kawan yang pakar demi untuk memastikan laman ini memenuhi citarasa dan piawaian keredhaan Allah khususnya, dan memuaskan hati pengungjung amnya...


dalam tempoh ini, ana belajar banyak perkara..belajar sesuatu yang baru mahupun memperkayakan sesuatu yang telah ada dalam tetapi belum mampan dalam jiwa..ana tahu, Allah ingin menguji ana..sejauh mana ana betul2 ikhlas dalam niat ana..betul2 mahu berkorban demi agamaNya..pernah di tengah perjuangan, ana seakan mahu menyerah kalah lantaran desakan teknikal yang betul2 menembak fikiran ana...terlebur juga sdikit kesabaran..namun istighfar memadam api yang tidak sempat marak..alhamdulillah...ana semakin kenal erti payahnya perjuangan...pahit bagaimana pun, ana mahu belajar untuk menelannya...kerana ini jalan yang ana pilih seikhlas hati ana..


bercerita tentang pilihan..
berapa ramai antara kita yang mampu memilih dengan tepat...sebagai insan yang lemah, ana mungkin hamba Allah yang tidak berani untuk mengambil risiko..namun dalam perjuangan agama ini, ana tidak tahu dari mana ana mendpat kekuatan untuk mengambil apa sahaja risiko (yang datang setakat inilah) demi menegakkan agama Allah. haza addin..perkongsian dari sahabat pada hujung tahun lepas semakin menguatkan azam ana. ana semakin yakin pilihan ana adalah tepat dan berdoa agar Allah tetap meneguhkan hati ana pada jalan ini.


jatuh bangun dalam perjuangan, itu adat..tiada lain yang ana harapkan..bilamana diri ini rebah, biar lah kekal rebah di jalan ini..kerana ana tahu, di sana ada kepuasannya..


buat sahabat2 seperjuangan ana..ana tahu kalian sentiasa bersama ana..bila ana tersungkur, bangkitkanlah ana dengan cara apa sekalipun..bila ana tesalah langkah, tariklah ana semula ke jalan yang benar..jalan yang telah sama kita sepakati selama ini..kerana ana bukan sesiapa tanpa kalian di sisi..berjuang sendirian tiada maknanya..


ana harap..ikatan hati2 kita terikat rapi kerana Allah..untuk menegakkan agama Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

RUANG TAMU